Simpan wang Boleh Dicapai Dengan Perancangan Yang Betul.
Bagi sesetengah orang, ia bagaikan mimpi. Mustahil kata mereka. Tapi, admin akan terangkan caranya di sini.
Pertama sekali, asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan wang, kita dah boleh membentuk platform dengan mudah. Bebas kewangan bukan bererti berapa banyak wang yang kita belanja dan berapa banyak “aset nampak” yang kita miliki, tapi berapa banyak wang kita yang simpan di bank dan berapa banyak wang yang kita mampu jana dalam sebulan, seminggu atau sehari. Ini point kedua.
Admin dulu, asal ada duit, macam orang muda yang lain juga. Boros, tak ade perancangan dan berbelanja ikut suka hati. Tak berkira.
Akhirnya, diri sendiri yang merana, sebab selalu tak cukup duit. Dahulu gaji RM2k habuk atau debu pun tidak ada. Selepas itu rapat dengan seorang kawan, gaji ciput pun ada duit simpanan (boleh tahan). Bila admin teliti, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam urusan perancangan kewangan, khususnya bagi golongan muda termasuk admin.
Oleh itu, admin akan kongsikannya di sini. Antaranya :-
1. Suka berhutang dan tak faham konsep pengurusan hutang. Tolong jauhi sifat berhutang!.
2. Bertangguh nak buat perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda awal 20-an. (sudah tua nk simpan apa? Gigi emas)
3. Tidak menetapkan matlamat kewangan / jumlah pendapatan yang dimahukan dan cara mencapainya.
4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik. (tidak pernah terfikir untuk menyimpan)
5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan. Nak untung cepat saja.Upss..
8. Tak nak cari khidmatan perancang kewangan yang bertauliah.
9. Malas nak membaca maklumat tentang pengrusan kewangan peribadi.
Secara keseluruhannya, anda perlu mengurangkan perbelanjaan. Jimat seboleh yang mungkin (minyak naik tinggi gila tp gaji takat tue jugak). Selepas itu… (baca baik-baik apa yang akan admin perkatakan ini).
Tambahkan Pendapatan Anda Berganda-ganda!
Kesimpulannya, kurangkan belanja dan tambahkan pendapatan.
Cipta Multiple Streams Of Income. Misalnya anda jual eBook, buat Adsense, jadi Affiliate, buat Membership Site, buat servis Sales Copywriting dan jual produk fizikal dalam masa yang sama.
Inilah kelebihan bisnes internet (JoomlaYan.com), pendapatan tanpa had dengan kos yang amat rendah!
Contoh Rumusan pelan kewangan admin
Simpan duit – pelaburan (ASB) – Sijil Premium (BSN) – modal (built JoomlaYan.com) untuk + pendapatan.
Admin dapat supporting dari rakan semai sikap menyimpan buat sedikit pelaburan dengan membuka buku Amanah Saham Bumiputra (ASB) kemudian duit syiling yang dikumpul dan memang sengaja tidak digunakan untuk tujuan membeli Sijil Premium (BSN) pada hujung bulan dan harga sijil paling kurang pun RM10.00. Ada rezeki admin bina website untuk lepaskan amarah keghairahan akan kemahiran yang dipelajari (Admin orang IT) dan untuk dapat pendapatan “side income” (Google Adsens, Advertlet, Nuffnang, Affiliate dan lepas nie admin nak jual E-book atau software).
Nampak “simple” je kan.
Walaubagaimanapun simpan tetap simpanan tapi admin merasa juga melancong (travel expenses) ke sana ke mari sebulan sekali dulu (sekarang kurang). Pakaian ke pejabat yang baru. Komitmen untuk pembiayaan keluarga, kenderaan (motor lagenda), diri. Admin boleh dikatakan baru menerima rentak menyimpan & mencari pendapatan (side income) jadi admin hanya ingin berkongsikan dengan anda. Harap anda mula menyimpan dengan lebih baik dari admin. Kalau tidak cukup sesen, tidak sampai angka sejuta. (Nak kahwin)